Banyak produk-produk harian dipasaran kini adalah produk harian bioteknologi. Sebagai contoh, baju yang kita pakai kini adalah hasil buatan kapas yang telah dipertingkatkan mutunya. Makanan seperti tauhu, tempe dan juga air soya semuanya datangnya dari pokok kacang soya transgenik.
Nenek moyang kita juga telah mahir dalam teknologi ini terutama sekali dalam teknik penapaian. Dari sini lahirlah tapai, air tuak, dan sebagainya. Yis pula telah terkenal sejak beribu tahunnya dalam peranannya dalam pembakaran roti dan teknik ini masih lagi digunakan sehingga sekarang.
Beras dipasaran sekarang adalah hasil yang paling nyata dari segi penggunaan kejuruteraan genetik di Asia. Seperti kita lihat di iklan-iklan di televisyen, beras-beras kini adalah bermutu tinggi dan lebih besar daripada dahulu.
Pernahkah anda melihat bunga-bunga di taman dan terfikir bahawa bunga-bunga ini adalah hasil pengubahsuaian oleh bioteknologi?
Sebenarnya pokok-pokok ini pada asalnya tidak begitu sesuai di taman di negara ini memandang iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Tetapi dengan berkat usaha yang lama akhirnya tanaman ini berjaya menyesuaikan diri dengan cuaca khatulistiwa.
Dari pemerhatian ini dapatlah disimpulkan bahawa bioteknologi memainkan peranan yang penting dalam hidup harian manusia.
<< Kembali | Cetak | Atas |