Bioteknologi dalam Industri Penternakan

     Banyak usaha telah dijalankan dalam membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi, teknik pembiakbakaan telah pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan. Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.

     Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein manusia seluruh dunia.

      Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang berbagai. Contohnya kambing menghasilkan susu yang lebih banyak, ayam menghasilkan telur yang lebih besar dan bervitamin dan ikan lebih besar dan tahan lasak dengan keadaan persekitaran.

      Gen-gen yang berguna telah diselitkan ke dalam haiwan ini semasa berada dalam keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah dipersenyawakan dan kemudiannya dipindahkan ke dalam ibu tumpangan yang sesuai bagi pembesaran berikutnya. Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen yang telah diterapkan.

Bioteknologi dalam : Industri Pertanian | Bidang Perubatan

<< Kembali | Cetak | Atas